It's just me, my life, my idea

Amalan Menempati Rumah Baru

Apabila kita pindah rumah, dan menempati rumah baru, ada beberapa amalan yang sebaiknya dilakukan sebelum kita benar-benar tinggal di rumah tersebut.

Amalan menempati rumah baru sebagai berikut:

1. Azan
Mengumandangkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Hal ini juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh siapa pun. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) maka akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenal sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah SAW bersabda yang artinya; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Sehingga apabila masuk rumah baru sebaiknya kita membaca Surah Al-Baqarah.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah SAW juga menegaskan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru ditempati. Baginda bersabda yang artinya: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyak solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan mengikuti¬†panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, sebarkan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam…